- One Step Ahead -

salam semua (",)

dah nk seminggu baru nk update. ingt nk tunggu gamba2 di hari kejadian dulu..tp sampai skrg still xdpt.

ahad yang lepas...i telah selamat dirisik oleh future in law. majlis kecil2lan telah diadakan tanpa gadis yg nk dirisik tu. risik la sgt kan..padahal kitorg dah booking mcm2 untuk wedding nnt sebelum majlis merisik ni lg..muahaha. xtahu lah majlis merisik ni practical ke x mcm zaman2 dulu. skrg ni dah mmg sah2 bercinta..ape lg yg nk dirisik2. betul x?

xkisah la ape pun..yg penting..alhamdulillah semuanye hari tu berjalan dengan lancar walaupun tanpa adanya i. terima kasih kepada semua ahli keluarga tersayang sebab telah bersusah payah untuk i demi majlis ini *baca dengan nada tgh buat ucapan terima award* :p

terharu i dibuatnya tengok semua ahli keluarga bersemangat nk smbut bakal besan dtg rumah. malam sebelum hari kejadian..facetime ngan ahli keluarga. diorang semua bz buat itu ini. betapa ruginya tuan punya badan sbb xde ditempat kejadian.

thanks ibu settlekan dari a to z. thanks jugak pada all fmly members yg membantu ibu. jasa korang semua amat dihargai. terharu sgt2
bnyk lagi nk cerita psl merisik..tp gambanye xde. tunggu gmba nnt la k.

perasaan selepas dirisik?
selepas dirisik mmg rasa dia lain dari sebelum tu. tbe2 rasa oohh da nk kawen da aku. yg lain tu xtaw cmne nk explain. rasanye semua org pun rs bnda yg sm kot lepas dirisik/bertunang.
now dah boleh start counting the days :)

217 days to go!! mcm bnyk hari lg kn. tapi percaya la kejap je x lm lg tinggal 200..then 150..then 100 then bridezilla mood turn on..haha

ok bye!!

- Posted using BlogPress from Orked's iPad

0 comments: