- Wedding Checklist -

Salam ^_^

Sempena ketiadaan orang lain dan home alone..mari lah i berblogwalking serta mengupdate blog secara pukal sesuka rasa sampai orang lain dah xlarat nak baca entry i seminggu ni..

Ini wedding checklist version i dimana i tengok wedding checklist dari few source then i edit ikut sukahati i :)





12 Bulan Sebelum
Memilih tarikh dan masa untuk majlis pernikahan dan persandingan
Memilih lokasi majlis. Jika memilih untuk buat didewan, sila tempah at least 12 bulan sebelum untuk dewan yg panas macam goreng pisang.
Bayar Deposit Dewan untuk blocked date yg anda nak
Mengaturkan bajet

9 - 11 Bulan Sebelum
Memilih perancang majlis perkahwinan
Pilih warna tema and konsep, dekorasi, pelamin, main table, runway, arch dan lain-lain.
Sediakan layout floor (jika di dewan),
Senaraikan nama tetamu yang akan dijemput (Buat list supaya xada yg tertinggal). Kalau perlu kumpul alamat / email address seawal yang boleh supaya xkelam kabut nak mintak address di saat2 genting nanti.
Sketch Baju nikah dan Dress untuk majlis resepsi (jika nak menggunakan idea sendiri)
Sketch Pelamin Idaman (jika nak menggunakan idea sendiri)

6 – 8 Bulan Sebelum
Bayar Deposit dan bincangkan rancangan anda dengan perunding perkahwinan.
Memilih Caterer dan bayar deposit untuk block date
Tempah MUA pilihan hati anda
Menyelesaikan urusan OP dan OV
Tempah baju nikah and reception untuk kedua dua pengantin
Pilih warna baju untuk keluarga / pengapit / bridesmaid / flower girls
Mendapatkan DJ
Menghadiri Kursus Perkahwinan
Mula Membeli barang hantaran and tempah decorator (jika perlu)

4 - 5 Bulan Sebelum
Sediakan bilik atau homestay untuk rombongan pihak lelaki
Memilih Pengapit / Bridesmaid / Flower Girls
Design Kak kahwin / Bunting / Tq Card
Selesaikan urusan dijabatan agama atau perkara-perkara penting untuk pernikahan.
Buat Atucara Majlis dan pilih MC
Tempah Pakaian Keluarga / Edarkan kain untuk Pengapit dan Bridesmaid
Tempah Guest Book (jika perlu)
Survey cincin kahwin
Tempah / Siapkan (diy) doorgift untuk tetamu
Sediakan Bunga Manggar / Bunga Pahar
Buat Signage
Buat Perancangan Honeymoon
Buat playlist (lagu) untuk dipasangkan sepanjang majlis berlangsung

2 - 3 Bulan Sebelum
Beli cincin Perkahwinan
Tempah Kek Perkahwinan
Tempah kad kahwin / Bunting / Tq card
Lakukan pemeriksaan perubatan / HIV test
Tempah cincin
Selesaikan segala perkara yg melibatkan DIY
Lengkapkan Doc Akad Nikah
Menghubungi Kadi dan Pejabat Agama
Menghubungai Saksi
Jaga diri, makan dengan betul dan mula bersenam
Fitting Baju
Cat Bilik Pengantin / Sediakan Perabot / Hias Bilik Pengantin
Buat Tempahan Honeymoon

4 - 6 minggu sebelum
Collect cincin kahwin yang dah di tempah
Mula edarkan kad jemputan
Start pergi SPA dan facial
Finalize aturcara majlis
Menyusun jadual pada waktu hari perkahwinan, butiran dan tugas
Fitting baju buat kali terakhir and collect baju

2 – 4 minggu sebelum
Call and remind wedding planner / OP / OV / Caterer / DJ / MC
Pastikan semua keperluan majlis telah lengkap

Seminggu sebelum
Fitting baju buat kali terakhir
Pakai Inai

Sehari sebelum 
Rehearsal majlis resepsi
Relax and Tidur Awal ( ini macam mustahil je..hahahaa)

Hari Kejadian
Jangan lupa isi perut ye :)





0 comments: