- cheap accomodation @ london -

bgn pagi ni mood da kembali ceria seperti sedia kala. malam td depressed sebab xdpt nak makan nestum. da lama sgt nak makan nestum tp xdpt..tu yg jd depressed sgt kot. 


oleh kerana mood da kembali sedia kala..mari la i berkongsi sesuatu dengan sesiapa yg memerlukannye. sharing is caring kan kan..






kalau agak2 nak g london n nak carik tempat tinggal(accomodation) yang murah n yang selesa boley la stay dekat MHH London

MHH London tu stand for Malaysian Holiday Home London


homestay own by orang melayu kita.


owner dia tersangatlah baik n service tip top


location: London - Zone 2


ape advantage pelancong2 dr malaysia stay homestay berbanding hotel??


pertama dari segi cost. harga bilik start from 50 pounds - 120 pounds. kalau duduk dekat central london mmg susah untuk dapat bilik yg murah2 mcm ni. paling murah pun boley dapat kat central london tu 80 - 100 pounds. tu yg paling murah. 


kedua. mhh london sediakn dapur yang tiptop untuk tetamu2 dia. untuk pelancong2 malaysia yang nak holiday oversea tapi bajet tight..anda bolehlah kurangkan expenses dari segi food. pagi2 sebelum mulakan misi penjelajahan tu boley la isi2 perut dulu. kalau agak2 rajin..bawak la bekal.




dapur bersih n lengkap. semua ade..kuali besar..periuk besar..periuk nasik..n sme benda ade la. u will feel like your own kitchen if korang stay ni.





bukan setakat tu je ade. milo coffe tea..minyak..gula garam n bahan2 untuk masak yg basic semua ade la. kedai halal pun dekat2 ctu ade je. so xsusah untuk korang crk makanan.


ni ruang makan. 


ceihh..semua orang pun taw ni meja makan n of course la meja makan tu tempat utk makan kan kan. susah payah je i sibuk2 nak explain panjang2. kat ruang makan ni tempat untuk korang jumpe pelancong2 lain yg stay dekat situ. pagi2 kalau korang bekfes kat cnie mmg komfem la ade org lain jugak. ms ade org lain tu..jgn la berat mulut nak menyembang. kenal2 la sket. sikit sebanyak boley tukar2 tips menjelajah kota london

kat homestay ni..sme skali ade 5 bilik. semua bilik dibahagi2 ikut nama bunga

ini lah rupa bilik serendah 50 pounds


Bilik Melur

cukup untuk 2 orang


kalau anda dtg beramai...jgn risau..ade bilik untuk 3 orang bilik untuk 4 orang n bilik up to 7 orang pun ade

Bilik Mawar (60 pounds)
Bilik untuk 3 orang


ada 1 double n 1 single bed


Bilik Kantan (85 pounds)
Untuk 4 orang


1 double and 1 bunk bed tp bunk bed nye xnampak dalam gambar. Bilik ni ensuite. Bagus..ade bilik air sendiri. privacy lebih seket


Bilik Teratai layu ditasik madu (85 pounds)
untuk 4 orang jugak



1 Bunk Bed n 1 double (ensuite)



ini bilik yang i duduk ari tu



Bilik Kiambang (100 pounds)
1 double bed n 1 triple bed

ensuite jugak. ms i datang bilik ni bersih as u can see in the picture. bezanye meja study n drawer tu owner da kuarkan. maybe untuk bg ruang lg bnyk dlm that room. towel juga owner provide. towel bukan die bagi yg cikai2. towel yg ok la..serap air, besar, tebal n yg penting bersih. xde kaler kuning2 kesan kekotoran degil ke ape.

Ni bilik yg paling besar ade kat rumah tu.

Bilik Kesidang. memang boley bersidang la orang yg duduk kat situ sbb boley masuk sampai 7 orang.



Ade 1 triple bed 1 double bed n 1 sofa bed



i da masuk bilik ni..saje tgk2. bilik ni mmg sesuai la untuk yg datang in big group.

3rd advantage duduk cnie. wifi free. bile da keluar seharian berjalan penat2 amek gambar..balik korang ley layan fb or boley blogwalking buat therapy. kalau rajin sikit..boley upload gmbar kat fb or update blog..haha. buat pengetahuan korang..kat london mmg susah nak dpt wifi free. kalau pegi hotel murah2..mmg susah nak dpt wifi free. kalau jumpe hotel murah + wifi free..itu mmg luck la. hotel mahal pulak kadang2 ade yg free..kadang ade yg kena bayar ikut per hours or per day. so pandai2 la crk hotel yg ade free wifi. mcm i...i mmg akan crk yg ade free wifi. xsenang duduk okeyyy kalau xdpt online. dlm sehari klu dpt online kejap pun jadi la. online sesudah dr bgn tido n sebelum tdo

4th advantage untuk orang yg berkereta. parking free..boley parking kat compound rumah tu je. ini dr pengamatan mata i la..bukan owner yg ckp..haha. kalau duduk london..siap la korang nak bayar parking. mmg mahal nak mampus n susah jugak nak crk parking. salah parking siap la korang sediakan duit nak bayar saman ke ape.

disadvantage stay cnie. bg i..penat sket la bile duduk luar central london. dr rumah nak ke tube station nak kata jauh x jauh. nak kata dekat xdekat. jalan laju2..10 min jugak la jalan. kalau jalan lenggang2 kangkung..dekat 15-20 min jugak la. then amek tube 15-20 minute lg. so bg i itu yg penat. tp nak cut cost sket..kena la berpenat sket. actually bukan cut cost sikit. cut cost banyak. mcm i ari tu kalau 5 orang nak stay central london tgh peak2 season mahu kena dekat 200 pounds per night. itu yg i check kat booking.com. i duduk mhh london..byr half je. so jimat kat ctu..boley bawak g bicester shopping bag juicy banyak2..haha

okeyyy..itu je kot yg i boley nk share2. xtahu la dpt membantu orang yg bercita cita nak melancong ke london or x. hopefully dpt la membantu. next time kalau ade kerajinan i share la pape yg patut lg.

btw, ini bukan iklan berbayar okeyyy. mhh london x bayar pape pun kat i. diorg pun xtaw psl ni. i saje2 buat review.

bye!


2 comments:

MYRAspberry said...

waaa...informasi yg berguna ni!

mana la nk tau kot2 nnt nak g jalan2 kat london kan... ahahahaa

Imran nyambek said...

bilelah gua dapat gi obersea ni