- swine flu -

skrg ni sibuk ngan wabak selesama babi plak dah...
"Setakat ini, wabak baru selesema babi di Mexico telah meragut 62 nyawa dan WHO mengesahkan bahawa kematian disebabkan oleh virus H1N1 yang tidak pernah dikesan sebelum ini yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia."

"Laporan terbaru agensi berita asing menyebut bahawa selesema babi itu telah menular ke Amerika Syarikat dan WHO bimbang ia mungkin merebak ke seluruh dunia."
sumber:bernama
haihhh..skrg ni virus ni da merebak ke new york, spain, n new zealand da. wabak ni dikatakan agak bahaya sebab die merebak melalui udara.
sedikit info buat semua mengenai wabak ini
:
  • Demam selesema babi adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Ianya disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Virus demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988. Virus selsema babi yang dilihat menerusi microskop

  • CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.
  • Simptom selesema babi ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

    Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

  • Perkara yang terpenting sekali untuk megelak dari dijangkiti virus ini adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.
  • Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:
    • Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
    • Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
    • Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
    • Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.
  • Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin adalah
    • Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.
    • Jangan pergi ke sekolah
    • Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit
    • Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;

    • Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.

  • Teknik terbaik untuk mencuci tangan untuk mengelak dari dijangkitan virus adalah dengan membasuh tangan dengan kerap . Ini akan dapat membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.
  • Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak (selesema babi) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.
  • Jika anda sakit anda perlu Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan. Anda juga perlu mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;

    Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-

    • Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
    • Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
    • Tidak minum air yang secukupnya;
    • Tidak bangun dan berinteraksi;
    • Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
    • Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
    • Demam dan beruam.

  • Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama
sumber: http://pmr.penerangan.gov.my
Hopefully info ni dapat bantu semua org dalam mencegah virus ni. sama-samalh kita berdoa malaysia tidak akan dijangkiti virus ni ye..


0 comments: